Thursday, April 4, 2013

Pengajar Vs Pendidik

Bile koRang tgk tajuk yg aku publish ni.. 
mesti koRang fikir seseorang dlm kehidupan korang kn??
siapa lg klu bukn C. I. K. G. U.... pernh tak? tak siap keje sekolah? tido dlm kelas, asyik pergi tandas, time rehat lepak lame2.. n sebantal dgnnya.. tp bukan tu yang nk diceritakan.. yg nk ditengahkn tentang perbezaan antara pendidik dgn pengajar..

Mulakan didikan pd anak2 dgn mengenali Tuhan,
 iaitu matlamt hidup kite didunia bukn cita2.




Masa aku kecik2 dulu.. apa yg aku thu pendidik itu cikgu.. dan pengajar tu pon cikgu..
kn? heeee..n_n btullah.. cume beza pada perlakuan...(kurng tgk kamus dewanlah tu...x_x) ada orang kata Pengajar tu just mgajar jer.. ikut selibes katakn.. takut nanti guru besar buat smash wekang 90 darjah agak yea klu tak habis selibes hu3..>_< (abis aku kene peliat dgn cikgu aku..) walaupon ramai lgi pelajar yg tak faham selama ni apa yg diajar.. 

al-maklumla pelajar zaman sekarang ni klu tak thu bukan nk tanya.. mgkin boleh pakai dgn 3 sbb ni kot..(aku memandai jer..) pertama sbb takut salah (malu) kedua sbb takut dimarah atau dimalukn..(cikgu kenela open mainded) n yg ketiga, apa lg klu tak faham apa yg cikgu ajar.. bak kata Dr. aku.. "BIASE KN.."(lorat orang nigeria) mksud die jgnla uat mcm tu lg la.


Manakala Pendidik ada yg mengatakan bukan sekadar mengajar.. tp mengambil berat dengan pelajarnya (perihatin mcm ank sendiri) bile ada pelajar yg bermasalah dia ambil berat.. dan cube membantu.. seperti dtg rumah pelajar tersebut (menunjukan akhlak tauladan), sanggup buat kelas tambahan tanpa bayaran, sentiasa memberi kata2 semangat pada pelajar mcm dlm video laskar pelangi.. dh tgk? mm...U_u yg belom tgk tu.. tgk la.. terutama ckgu2.. best.. xpcye..(oO.)? tak pela.. dh tgk bgthu k..

Sistem pembelajaran klu dlm kelas jer.. kurg b'kembg..
so mari kite melihat alam semesta ciptaan tuhan.
sama2 mengalami, sama2 menghayatinya.
tdi tu semua pendapat aku tentang perbezaan antara mengajar dan mendidik.. nk thu lg advance?hu3.. bak kata Pahrol mohd juoi dlm buku  beduk diketuknya ("nya" tu aku tambah jer sbb nk menunjukn penulisan beliau, so bile baca memang kene ketuk bagi yg sedarla bg pembaca). katanya, mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan contohnya mengajar sembahyang dengan menyampaikan ilmunya tentang sah, batal, rukun dan syarat dalam solat. Hasilnya pelajar tahu sembahyang (pe yg aku fahm, faham dalam segi teori so pekse dpt A1 lah).

Lain pula mendidik, mendidik dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau seperti kita mengajak pelajar sama2 sembahyang dengan kita, menjadi role-modelnya. jika pelajar malas kita dorong mereka. jika salah kita betulkan. Hasilnya pelajar mahu sembahyang.(dh thu kn? lebih pada penghayatan sesuatu perkaralah, alah.. pratikal gitu lowr..n_n)

Saling menghormati antara satu sama lain, dgn
 mempratikalkan sifat2 murni di dlm khidupn.
Ingat! tambahnya lg, mendidik manusia mula2 paksa dulu, lama2 insyallah timbul perasaan real (rela), ala bisa tegal biasa itula prinip pendidik. Pertama menyampaikan, kedua membimbing, jika belum berkesan, tingkatkan dorongan jika tak berjaya juga barula gunakan hukuman. Paksa, bahkan dibolehkan memukul bukan untuk menyakiti tapi mendidik. Jadi, nasihat beliau kepada golongan pendidik, wajib memandang tinggi profesionnya sendiri, jgn kesal kalau diri tak dihargai tetapi kesalnya kalau diri benar2 tidak berharga (pendidik mesti ada harga diri yg tinggi).

Ha! besar tu tanggungjawab ibu, ayah(eh, anda tak terlepas yea) Cikgu, Ustaz, Pensyarah, dan se-angkatan dengannya.. sebab pendidik adalah golongan yang paling dekat dgn tugas para rasul kerana dia mendidik modal yg paling berharga...n_n

Newer Post Home http://www.CustomBloggerTemplates.com